MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hari Kanak-Kanak Sedunia


Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w mencium Al-Husain bin Ali r.a dan sedang duduk berhampiran Rasulullah s.a.w adalah Al-Aqra' bin Habis at-Tamimi r.a.

Al-Aqra' r.a berkata : Aku mempunyai 10 orang anak, aku tidak pernah cium walaupun seorang daripada mereka. Rasulullah s.a.w melihat kepadanya kemudian bersabda: " Sesiapa yang tidak memgasihi, tidak akan dikasihi".

(Sahih al-Bukahri : 5567)

Sayangi anak-anak peluk ciumlah mereka sepuas-puasnya.

Dalam satu peristiwa, Rasulullah s.a.w dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam syurga. Antara yang baginda lihat ialah seorang lelaki tinggi dikelilingi kanak-kanak.

Malaikat menerangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w maksudnya: Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Nabi Ibrahim a.s dan di sekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang meninggal/mati waktu kecil).

Maka, semua yang dilahirkan pada waktu kecil mati di atas fitrah iaitu Islam dan dimasukkan ke dalam syurga.

(Hadis riwayat al-Bukhari - 7047).

Hari Kanak-Kanak Sedunia di sambut pada setiap 20 November setiap tahun setelah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan UNESCO. Ianya bertujuan mempromosi hari kebersamaan antarabangsa, kesedaran dalam kalangan kanak-kanak  diseluruh dunia dan meningkatkan kebajikan kanak-kanak. Kanak-kanak adalah masa depan kita.

Setiap kanak-kanak adalah anugerah dari Allah s.w.t yang terindah dalam menyambung zuriat dan kelangsungan agama,  bangsa dan negara.

Tahniah bagi mereka yang mempunyai anak dan hargailah mereka, kerana merekalah yang akan membantu dan mengambil berat kepada kita apabila kita menjangkau usia.

Bagi mereka yang kehilangan anak meninggal waktu kecil janganlah bersedih sesungguhnya syurga tempat mereka.

Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Sumber: IG Omar dan Hana, RTM dan penulis sendiri.

Post a Comment

0 Comments