MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019


Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK 19) yang berlangsung di Hotel Tenera,  Bangi selangor pada 15 November 2019.


  1. Pemain Paling Bernilai: Safawi Rasid (JDT)
  2. Penyerang Terbaik: Safawi Rasid (JDT)
  3. Pemain Paling Popular: Safawi Rasid (JDT)
  4. Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super): Safawi Rasid (8) JDT
  5. Pasukan Terbaik: JDT
  6. Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)
  7. Pemain Muda Harapan: Akhyar Abdul Rashid (JDT)
  8. Pemain ASEAN Terbaik: Hariss Harun (JDT)
  9. Pemain Import Terbaik: Diogo (JDT)
  10. Penyokong Terbaik: JDT
  11. Media Sosial Terbaik: JDT
  12. Laman Web Terbaik: johorsoutherntigers.com.my
  13. Pemain Tengah Terbaik: Mohamadou Sumareh (Pahang)
  14. Pertahanan Terbaik: Shahrul Saad (Perak)
  15. Jurulatih Terbaik: Dollah Salleh (Pahang)
  16. Kasut Emas: Fernando Rodriguez (Kedah)
  17. Pemain Terbaik AFL Liga M3: Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (Kelantan United FC)
  18. Pasukan Terbaik AFL Liga M3: Armed Forces FC
  19. Anugerah Mesra Media: B. Satiananthan (Selangor)
  20. Anugerah Fair Play: Terengganu FC II
  21. Penjaring Terbanyak (Liga Super): Kpah Sherman (14) PKNS FC
  22. Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Premier): Bobby Gonzales (9) Sarawak
  23. Penjaring Terbanyak (Liga Premier): Zarko Korac (13) UiTM FC
  24. Anugerah Pengadil Berpotensi: Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah
  25. Anugerah Komuniti: The Ohana Project
Senarai anugerah di atas menyaksikanJohor Darul Ta'zim (JDT) merangkul paling banyak anugerah dan penyerang sensai JDT Safawi Rasid mempertahankan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk kali kedua.

Keseluruhan 4 anugerah yang di menanginya adalah pencapaian yang membanggakannya pada usia yang masih muda (22 tahun)

Pemilihan calon ABK dibuat menerusi Jawatankuasa Saringan sebelum pemenang ditentukan oleh 23 jurulatih, 23 kapten dan 23 wakil media tempatan.
Bagi pemenang kategori utama anugerah MVP ditentukan menerusi undian lima anggota jawatankuasa yang dilantik.

Sumber : Berita Harian & IG ABK19

Post a Comment

0 Comments