MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tarikh Peperiksaan SPM 2019





Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 akan berlangsung seperti tarikh berikut:

Fasa 1              14 Oktober sehingga 17 Oktober 2019

Fasa 2              5 November sehingga 28 November 2019

Seramai 416,416 orang telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun ini di 3,313 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 32, 423 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancer seperti dijadualkan. Butiran calon adalah seperti di bawah:

Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
Peratus
1.
Calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
357,010
85.8%
2.
Calon Sekolah di Bawah Agensi Kerajaan selain KPM
8,320
2.0%
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
8,317
2.0%
4.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
2,209
0.5%
5.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM
14,203
3.4%
6.
Calon Persendirian
26,357
6.3%
Jumlah Besar
416,416
100.0%

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa pepriksaan tersebut berlangsung. Jadual Waktu Peperiskaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat Ip.moe.gov.my. Calon diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri (MyKad atau Borang Pengenalan Diri Calon atau Surat Perakuan Pengenalan Diri) ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.



Post a Comment

0 Comments