MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengajaran Melalui Youtube

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sedang mengumpul data dan mengenalpasti guru yang melakukan inisiatif sendiri merakam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) melalui saluran Youtube untuk dimasukkan ke dalam sebuah portal yang dibangunkan secara menyeluruh dan sistematik.
Melalui kemudahan medium internet khasnya saluran Youtube  ramai para guru di seluruh negara  lebih cenderung berkongsi ilmu dan kepakaran di Youtube dan bakat itu sangat diperlukan ke arah transformasi kaedah pemindahan ilmu kepada murid secara global.
KPM juga telah membangunkan sebuah platform pembelajaran digital bagi mewujudkan suasana pembelajaran secara interaktif yang boleh dijadikan repositori untuk semua guru berkongsi bahan digital yang mereka hasilkan agar ia menjadi satu platform yang lengkap dan menyeluruh untuk rujukan semua pihak.
Kini terdapat beberapa platform yang disediakan oleh KPM kepada murid-murid untuk sesi pembelajaran secara digital seperti EduWeb TV dan Google Classroom.
Bagi mengakses pembelajaran secara digital murid-murid diberikan nombor pengenalan peribadi (ID) dan ia boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa asalkan mempunyai capaian internet.
Kajian juga menunjukkan bahawa 93.9 % daripada 293,000 murid tahap 2 yang berusia 10 tahun keatas pernah menggunakan telefon pintar dan tahu mengakses ke platform pembelajaran digital yang disediakan.
Namun begitu pemantauan dari kedua ibubapa atau penjaga dalam memastikan bahawa murid-murid tersebut mengakes platform tersebut sangat diperlukan agar tidak disalahguna.
Sumber : Bernama 

Post a Comment

0 Comments