MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Lionel Messi Pemain Terbaik FIFA 2019


Penyerang Barcelona Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FIFA Lelaki pada 23 September 2019 (Isnin) dengan menewaskan pesaingnya pemain pertahanan Virgil Van Dijk dari kelab Liverpool, upacara tersebut berlangsung di di Teatro La Scala, Rome, Itali.

Messi, 32, dan Van Dijk, 28, kini bersaing untuk Anugerah Ballon d'Or yang akan diumumkan pada 2 Disember 2019.

Messi adalah penjaring terbanyak di Liga Juara-Juara musim lalu dengan 12 gol sebelum Barcelona disingkirkan oleh Liverpool di separuh akhir dalam perlawanan Liga Juara-Juara musim lalu, Barcelona dikalahkan dengan jaringan agreget 4-0 di Anfield.

Pemain Argentina itu juga memenangi Kasut Emas Eropah selepas menjaringkan 36 gol, memenangi gelaran La Liga bersama Barcelona dan membantu Argentina meraih gangsa pada 2019 Copa America.

Pengurus kelab Liverpool Jurgen Klopp memenangi anugerah jurulatih dan Alisson Becker sebagai penjaga gol liverpool dalam upacara tersebut..

Sumber: BERNAMA


Post a Comment

0 Comments