MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Caj Tambahan Visa RM350 Bakal Jemaah Umrah

Rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan ibadah umrah akan dikenakan caj tambahan visa berjumlah RM350 (300 Riyal) susulan bayaran itu diumumkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi, semalam. (11.09.2019).
Mana-mana jemaah yang telah membuat tempahan penginapan dan pengangkutan untuk mengerjakan ibadah umrah sebelum 10 Sept (semalam) untuk pergi selepas tarikh itu, mereka juga dikenakan caj tambahan visa berkenaan.
Kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan untuk memansuhkan caj mengerjakan ibadah umrah secara berulang setiap tahun iaitu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebelum ini.
Statistik yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun 2019 menunjukkan bahawa Malaysia telah menghantar 274,066 jemaah umrah sejak tahun 2018 hingga kini.

Sumber: BERNAMA 

Post a Comment

0 Comments