MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penurunan Kadar OPR pada November 2019


 

Hong Leong Investment Bank (HLIB) dalam nota penyelidikannya berkata, menjangkakan penurunan  kadar dasar semalaman (OPR) 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seawal mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari November ini.

 “Berdasarkan anggaran BNM, 25 peratus tarif yang dikenakan ke atas perdagangan dengan China (kadar yang dicadangkan 10 peratus) dan tarif automotif, akan membawa kepada pengurangan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak -0.9 hingga -1.1 mata, dengan kesan jumlah dagangan AS-China membabitkan kira-kira separuh daripadanya,” 

Mengenai ringgit, HLIB berkata, bank pelaburan menyemak semula purata ringgit 2019 berbanding dolar AS, daripada RM4.05 - RM4.15 kepada RM4.15 - RM4.20, menunjukkan kecenderungan susut nilai bagi tempoh berbaki tahun ini.

“Ia berikutan daripada risiko ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara AS-China; kemungkinan penyusutan yuan dan semakan jangkaan OPR kepada 25 bps,” katanya.


Post a Comment

0 Comments