MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pembahagian Daging Korban


Pembahagian Daging Korban

1.       Pembahagian Daging Qurban Wajib atau Nazar
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

2.       Pembahagian Daging Qurban Sunat

Menurut pandangan ulama mazhab Syafi’e :-
A.      1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya;
B.      1/3 untuk disedekahkan kepada fakair dan miskin;
C.      1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran

Yang paling afdal menurut pandangan ulama Syafi’e ialah bersedekah semuanya kecuali beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika banginda melakukan qurban.


Sumber: JAKIM

Post a Comment

0 Comments