MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

CIMB Turunkan BR

Susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas, dari 3.25 peratus kepada 3.00 peratus menyebabkan beberapa institusi perbankkan di Malaysia telah menyemak semula Kadar Asas (BR), BFR, Kadar Simpanan tetap dan asas pembiayaan.

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menurunkan kadar asas, kadar simpanan tetap/pulangan tetap akaun-i, kadar asas pinjaman dan pembiayaan sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa 15 Mei 2019.

Dalam satu kenyataan hari ini 10 Mei 2019 CIMB berkata penurunan sebanyak 0.25 peratus itu akan membantu mencapai kesan susulan yang disasarkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata penurunan OPR itu akan menggalakkan pelaburan serta perbelanjaan bagi merancakkan lagi ekonomi Malaysia.

Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata apa yang penting, pengurangan 0.25 peratus itu akan membantu mengurangkan bebanan peminjam, khususnya dalam menghadapi cabaran semasa ekonomi domestik berikutan impak limpahan daripada ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China serta ketidaktentuan global

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments