MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

X70 Model Paling Popular


Proton Holdings Berhad (Proton) mencatatkan pendaftaran sebanyak 6,145 buah kenderaan pada suku pertama tahun 2019 (Mac 2019) dengan pegangan pasaran sebanyak 11 peratus meningkat 2.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu

Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70 telah berjaya mencatatkan angka pendaftaran yang memberangsangkan sebanyak 2,979 buah kenderaan telah didaftarkan pada Mac 2019.

Sejak X70 dilancarkan pada januari 2019, modal  ini telah menarik perhatian masyarakat Malaysia terutamanya kepada mereka yang ingin membeli kenderaan bagi tujuan kemudahan Dan keperluan harian kerana mempunyai ciri - ciri yang menarik.

Model X70  muncul sebagai SUV terlaris untuk Mac dan secara kumulatif merupakan SUV paling popular untuk tiga bulan pertama januari -mac tahun ini.

Jumlah yang direkodkan bagi Mac merupakan angka paling banyak yang pernah dicatatkan dalam industri automotif tempatan bagi segmen SUV dalam masa sebulan. Pada masa sama, lebih 25,000 tempahan telah diterima menjadikan X70 sebagai model Proton paling popular untuk tahun 2019.

Proton mencatatkan sebagai pendahulu keseluruhan jualan kenderaan berbanding jenama pesaing - pesaingnya bagi suku pertama tahun 2019.


Sumber : Utusan online dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments