MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

6 Khasiat Buah Nanas Yang Anda Perlu Tahu


Pokok Nanas amat sesuai ditanam di kawasan iklim khatulistiwa, tidak memerlukan penjagaan yang rapi, boleh ditanam berhampiran rumah ataupun kebun-kebun kecil.

Amat sesuai diminum sebagai minuman jus, rasanya masam-masam manis dan ada yang manis

Berikut dikongsikan khasiat Buah Nanas:-

1.Meyembuh luka atau cedera

Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

2.Membantu proses peghadaman pencernaan

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

3.Mengawal imbangan air dalam tubuh badan manusia


Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

4.Mempunyai enzim Bromelin

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

Enzim Bromelin juga berfungsi memecahkan protein dan membantu dalam proses pencernaan. Ezim Bromelin Bromelain juga berfungsi mengurangkan masalah keradangan dan risiko tumbesaran tumor serta risiko penggumpalan darah.

5.Menguatkan tulang

Buah Nanas dapat menguatkan tulang, Nanas mempunyai mineral mangan mengelakkan osteoporosis, melindungi sel-sel tubuh dan merawat kulit, kesanya melambatkan sistem penuaan.

Perkembangan tulang dalam tubuh orang muda dan menguatkan tulang orang tua dapat dikesan melalui pemakanan nanas.

6.Mencegah sakit jantung dan sakit sendi

Buah Nanas kaya dengan kandungan vitamin C berfungsi sebagai menjaga sel dari  kerosakan dan mencegah penyakit seperti sakit jantung dan sakit sendi.

Sekiranya artikel ini bermanfaat sila kongsikan agar bermanfaat kepada kita semua.

Post a Comment

0 Comments