MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Usahawan Malaysia Forbes 2019


 
Beberapa usahawan Malaysia adalah antara 300 orang dari 23 negara di Asia Pasifik yang tersenarai dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia tahun ini 2019.

Forbes berkata kumpulan bakat muda itu dipilih daripada lebih 2,000 penyertaan, selepas dikaji oleh sekumpulan wartawan dan kerja-kerja mereka dinilai oleh panel hakim termasuk dalam aspek inovasi teknologi.

Usahawan Malaysia terbabit ialah:-


1.Aaron Patel,
2.Bobby Ong, TM Lee,
3.Chris Khristie, Michelle Tan,
4.Jin Xi Cheong,
5.Joolin Chuah,
6.Kendrick Wong,
7.Melvin Poh,
8.Sarah Chen dan
9.Wen Shin Chia.

Aron Patel
ialah Ketua Pegawai Eksekutif Handal Energy Solutions,
firma kejuruteraan dan kontraktor yang pakar dalam meningkatkan kecekapan tenaga haba bangunan komersil dan perindustrian.

Bobby Ong dan TM Lee
pula ialah pengasas bersama CoinGecko,
penggabung data mata wang kripto yang menjejak statistik harga, volum, sosial dan pemaju.

Syarikat ini bekerjasama dengan Western University di Kanada dan Humboldt University di Berlin dalam menghasilkan penyelidikan mata wang kripto.

Chris Khristie dan Michelle Tan
ialah pengasas bersama kumpulan media digital, INFLUASIA,
yang memenuhi keperluan masyarakat berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin Malaysia
melalui portal mereka, Dunia Buzz, Lobak Merah, dan NOODOU.

Jin Xi Cheong
ialah pengasas Poladrone,
sebuah syarikat yang menggunakan dron dalam industri minyak sawit bagi meningkatkan kecekapan ladang sawit dan ladang tanaman di Malaysia.

Joolin Chuah
pula ialah rakan sekutu dalam Insignia Ventures Partners
yang memainkan peranan dalam hampir 10 pelaburan pada 2018,
termasuk syarikat pemula niaga yang menjanjikan seperti igloohome, CoHive dan Sayurbox.

Beliau dikenali sebagai penasihat untuk kebanyakan usahawan di Asia Tenggara dan menjadi ahli lembaga pengarah Finhay, sebuah platform penasihat robo di Vietnam.

Kendrick Wong
ialah pengasas bersama Omnilytics, platform analisis fesyen
yang menawarkan data risikan pasaran masa nyata bagi 75,000 jenama.

Perkhidmatan data besar Omnilytics digunakan oleh peruncit di seluruh dunia serta pelanggan pasaran kewangan.

Melvin Poh,
ialah pengasas bersama The Asian Entrepreneur, penerbit antarabangsa dan platform media dengan pembaca aktif di 13 negara.

The Asian Entrepreneur baru-baru ini bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, Macau dan Korea Selatan untuk memulakan beberapa komuniti dan acara syarikat pemula niaga.

Sarah Chen
ialah pengasas bersama The Billion Dollar Fund Women, dengan matlamat utama untuk menangani jurang pembiayaan jantina yang dihadapi oleh pengasas wanita.

Dana itu berharap dapat melabur $1 bilion dalam syarikat pemula niaga yang didorong oleh wanita menjelang 2020, dan telah memperoleh lebih $750 juta dari pelabur global termasuk Gobi Partners, Golden Gate Ventures, Rethink Impact, Capital Growth Capital, Backstage Capital dan Funds Different.

Wen Shin Chia
ialah pengasas Green Yards, syarikat ekoproduk yang membuat sabun dan lilin daripada minyak masak dikitar semula.

Syarikat itu, yang memperoleh sumber minyak dari restoran dan isi rumah Malaysia, menjual produknya secara dalam talian dan di kedai hadiah di negara ini.

Sumber : Bernama

Post a Comment

0 Comments