MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Proton X70




 PROTON X70
Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, X70 yang berharga RM99,800 sebuah bagi Standard 2WD, RM109,800 (Executive 2WD), RM115,800 (Executive AWD) dan RM123,800 (Premium 2WD) tidak termasuk insurans.

Harga jualan X70 di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak adalah sama.
X70 ditawarkan dalam empat varian iaitu model asas Standard Pacuan Dua Roda (2WD), Executive 2WD, Executive Pacuan Semua Roda (AWD) dan Premium 2WD.

Proton turut menawarkan empat pakej tambahan bagi semua varian X70 iaitu lima kali servis buruh percuma, kadar faedah yang rendah bermula dari 2.34 peratus setahun, jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej data internet satu gigabait setiap bulan bagi tempoh lima tahun.

X70 menampilkan lampu utama berkembar diod pemancar cahaya (LED) yang ditiruskan pada sisi dengan lampu nyalaan siang seperti berbentuk L terbalik. Pada bawah bampar hadapan terdapat lohong besar yang dihiaskan dengan jeriji lurus warna perak dan terdapat lampu bulat untuk kabus.
Pada ruang dalaman pula, unsur-unsur seperti kerusi kulit Nappa, sentuhan aksen alumi­ni­um dan skrin sentuh mencetuskan elemen kemewahan dan teknologi. Garis kontur pada kerusi seperti separa bucket memberikan keselesaan dan lembut. 

Ciri-ciri tambahan yang menjadikan Proton X70 ini boleh mencabar SUV lain ialah kamera 360 darjah, sistem pemantauan angin tayar (TPMS), kamera panda­ngan hadapan dan sistem bantuan pemanduan yang terdiri daripada sistem brek kecemasan automatik (AEB), amaran keluar laluan (LDW), cruise control adaptif (ACC) serta enam beg udara SRS sebagai ciri standard untuk semua varian.
Selain itu, terdapat juga ciri Kawalan Jauh Tele­fon Pintar dan port USB yang banyak iaitu dua untuk penumpang hadapan dan pemandu, dua untuk penumpang belakang dan satu di belakang cermin pandang belakang.

Kesemua varian X70 menggunakan enjin dan transmisi yang sama iaitu enjin petrol empat silinder 1.8 liter TGDi turbo berkuasa 181 kuasa kuda (hp) dan daya kilas maksimum 285 Nm digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

X70 didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu putih, perak, kelabu, coklat dan merah. 

Sumber : Utusan Online


Post a Comment

0 Comments