MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 2019

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu negara Malaysia memaklumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadan tahun 2019 untuk menetapkan permulaan ibadat puasa bagi umat Islam seluruh Malaysia adalah pada 5 Mei 2019, hari Ahad, bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.
Berikut dikongsikan 29 lokasi bagi melihat anak bulan Ramadan di setiap negeri - negeri Malaysia dan waktu melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada sebelah petang hari itu juga.
Johor
  1. Pontian Kecil, Johor
Melaka 
  1. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
Negeri Sembilan 
  1. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan 
Selangor
  1. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
  2. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
  3. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
Perak
  1. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
Pulau Pinang 
  1. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
Kedah
  1. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
  2. ​​​​​​​​​​​​​​Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
  3. Menara Alor Setar, Kedah
Terengganu 
  1. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
  2. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
  3. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
  4. ​​​​​​​Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
Kelantan 
  1. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  2. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
  3. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
Sarawak
  1. ​​​​​Esplanade Luak, Miri, Sarawak
  2. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
  3. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
Sabah 
  1. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
Pahang 
  1. ​​​​​​​Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
  2. ​​​​​​​Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
  3. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
Wilayah Persekutuan Labuan
  1. ​​​​​​​Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
Kuala Lumpur 
  1. Menara Kuala Lumpur
Putrajaya 
  1. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Perlis
  1. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu akan mengisytiharkan pada malam 5 Mei 2019 itu juga berkenaan tarikh permulaan​​​​​​​ puasa melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu negara Malaysia.
Sumber : Bernama dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments