MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ringkasan Hasil Lawatan Tun Dr Mahathir Mohamad Ke China April 2019


 
Ringkasan hasil lawatan rasmi/kerja selama 5 hari bagi menghadiri Forum Belt and Road Forum (BRF) / inisiatif Jalur dan Laluan Bagi Kerjasama Antarabangsa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ke China mencetus 3 Memorandum of Understanding (MoU) di antara Malaysia dan China dan beberapa prestiwa penting:-


1.MoU pertama ditandatangani oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Dewan Perniagaan China bagi Import Eksport Makanan, Produk Asli dan Produk Sampingan Haiwan (CFNA).

Menerusi MoU itu, China akan membeli tambahan 1.9 juta tan minyak sawit dari Malaysia, dianggar bernilai RM4.56 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang, selain melabur sekurang-kurangnya RM2 bilion dalam kilang penapis bahan api pesawat berasaskan minyak sawit.

China dan Malaysia juga bersetuju bekerjasama dalam meningkatkan penggunaan mata wang yuan bagi perdagangan minyak sawit, dengan keizinan Bank Negara Malaysia (BNM).

2.MoU kedua ditandatangani Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan China Communication Construction Company Ltd (CCCC).

3.MoU membabitkan IWH CREC Sdn Bhd bersama kerajaan Malaysia berhubung kerangka persetujuan pembangunan projek Bandar Malaysia.

4.Negara Malaysia melalui Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh inisiatif Jalur dan Laluan sebagai satu idea yang hebat diperkenalkan oleh negara kerana negara Malaysia akan memperoleh manfaat daripada projek infrastruktur besar-besaran yang akan dilaksanakan.


Presiden China Xi Jinping yang mencetuskan idea mengenai inisiatif Jalur dan Laluan itu, merasmikan forum itu yang dihadiri oleh 37 pemimpin dunia dan 5,000 perwakilan dari 150 negara dari serata pelosok dunia.

Xi Jinping mencetuskan cadangan dasar infrastruktur itu, enam tahun lalu, bagi tujuan menghidupkan semula Laluan Sutera yang pada zaman dahulu menghubungkan Asia dengan bahagian lain dunia, menerusi pembinaan landasan kereta api, lapangan terbang, saluran paip dan lain-lain cara.

Xi Jinping menggesa negara-negara yang mengambil bahagian supaya meneruskan pelaksanaan inisiatif berkenaan bagi mencapai pembangunan bermutu tinggi.

Beliau juga berkata, projek-projek Jalur dan Laluan harus mempertahankan prinsip perkongsian manfaat dan menyumbang bersama.

Inisiatif Jalur dan Laluan adalah inisiatif utama China untuk mempertingkatkan pembangunan infrastruktur, memudahkan aliran barangan dan modal selain menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara-negara yang mengambil bahagian.

Tema forum “Kerjasama Jalur dan Laluan: Membentuk Masa Depan Bersama yang Lebih Cerah”.

Dr Mahathir yang menyifatkan mesyuarat itu sebagai ‘forum yang penting’, juga menggesa jalan penghubung di sepanjang Jalur dan Laluan berkenaan dilindungi, terbuka dan bebas untuk semua.

Elemen penting ialah kebebasan di sepanjang laluan ini. Jalan penghubung ini hanya bermanfaat sekiranya ia turut menawarkan kebebasan. Kedua-dua laluan laut dan darat akan melalui banyak negara.

Kerumitan birokrasi akan memperlahankan kelajuan perjalanan. Oleh itu, adalah penting bagi semua laluan ini bebas dan terbuka kepada semua.

Selain terbuka dan bebas untuk semua, jalan penghubung itu mestilah selamat dari seperti “keganasan dan peperangan akan membuat keajaiban moden ini tidak mampu menawarkan manfaat seperti yang mereka dijanjikan”.

Adalah penting dunia menjadi kurang primitif dan menolak penggunaan kekerasan dan pembunuhan beramai-ramai untuk mendapat manfaat daripada pembukaan laluan baharu bagi perdagangan dan pengangkutan yang dijanjikan dalam inisiatif Jalur dan Laluan.

Turut hadir pada perasmian forum tersebut ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Gutierrez, Pengarah Urusan dan Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde.


Sumber: Akhbar tempatan & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments