MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Lawatan PM Malaysia ke Huawei 2019


Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bersama rombongan menteri - menteri Malaysia ke negara China dalam mengukuhkan hubungan dua hala dan hubungan perdagangan memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad melihat lebih dekat teknologi canggih syarikat Huawei yang berpangkalan di China, apabila Beliau dibawa melawat ke Pusat Penyelidikan Beijing milik syarikat itu di Taman Sains Zhongguancun China.
Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh pengasas Huawei, Ren Zhengfei.
Huawei ialah syarikat penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan peranti pintar, dengan penyelesaian bersepadu meliputi empat domain - rangkaian telekom, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan serta pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar di dunia.

Dalam lawatan ke syarikat Huawei Tun Dr Mahathir Mohamad  telah diberi taklimat oleh Zhengfei dan pakar teknikal syarikat berhubung perkembangan terbaru perniagaan serta teknologi 5G.

Sila klik : Teknologi 5G

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Zhengfei berbincang panjang lebar mengenai bagaimana untuk memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi memudahkan ekonomi Malaysia berkembang dengan lebih baik dan memenuhi keperluan masyarakat tempatan.
Tun Dr Mahathir Mohamad turut merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan awan Huawei serta aplikasi industri merangkumi bandaraya pintar, pembuatan pintar dan pengangkutan pintar. Perdana Menteri diberi peluang bercakap dengan pelajar daripada syarikat Seeds mengenai program Future, yang terletak 4,300 kilometer jauhnya di pejabat Huawei Malaysia dan Pusat Latihan Global Malaysia, menggunakan teknologi telepersidangan syarikat Huawei.
Zhengfei dalam kenyataan sama mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan diberikan terhadap pembangunan perniagaan syarikat itu di Malaysia sejak 18 tahun lalu dan pihak Huawei sentiasa bersedia untuk belajar dan memenuhi keperluan kerajaan Malaysia  dan berkongsi pengalaman dalam ICT. Huawei percaya pembangunan 5G yang tersebar luas akan meningkatkan lagi penggunaan teknologi digital ICT di Malaysia.
Huawei mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2001 dan sehingga kini mempunyai 11 pusat khidmat yang dikongsi di Malaysia dan menggaji kira-kira 2,400 pekerja rakyat Malaysia.
Teknologi 5G Huawei

Sumber : Akhbar tempatan dan penulis sendiri 


Post a Comment

0 Comments