MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Telefon Pintar 5G

Sejak akhir-akhir ini teknologi 5G hangat diperkatakan oleh industri rangkaian dan telekomunikasi serta penggunaan telefon pintar menggunakan teknologi 5G.

Negara China melalui Huawei Technologies Co.  Ltd adalah perintis kepada tekonolgi tersebut dan menjadi kebimbangan kepada negara barat kerana mempunyai ciri - ciri perisikan "pengintipan siber" tetapi sehingga hari ini belum dibuktikan lagi oleh awam/mana-mana negara.

Huawei Technologies Co.  Ltd adalah syarikat multinational peralatan rangkaian dan telekomunikasi, yang berpusat di China dan merupakan pengeluar peralatan telekomunikasi yang terbesar di dunia.

Samsung Group yang berpangkalan di Korea Selatan syarikat multinasional terbesar di dunia melalui anak syarikatnya Samsung Electronics Co. Ltd sebuah syarikat elektronik terbesar telah mengeluarkan telefon pintar mempunyai ciri-ciri teknologi 5G yang dilancarkan pada 22 Februari 2019 melalui Samsung Malaysia dengan model dalam siri Galaxy S10 iaitu  (S10 Plus,  S10, dan S10E) berharga RM 2,699 sehingga RM 4,599.

Diantara ciri-ciri yang ada pada Galaxy S10 ini:-

1. Telefon pintar premium dengan prestasi berkuasa tinggi
2. Peranti dengan prestasi terbaik , daripada spesifikasi sehingga paparan kamera hinggalah kepada prestasi tinggi (Galaxy S10 Plus).
3. Keperluan premium dalam pakej kompak di skrin rata (Galaxy S10E).
4. Boleh dilipat atau lentur (foldable)

Syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar mula berlumba-lumba untuk mem­per­kenalkan ciri-ciri baharu yang mempunyai ciri-ciri teknologi 5G

Syarikat-syarikat Pembuat telefon akan memberi tumpuan kepada skrin yang boleh dilipat dan pengenalan rangkaian generasi kelima (5G) yang pantas di pameran mudah alih terbesar di dunia bermula 25 Februari di Sepanyol bagi mengatasi penurunan dalam jualan te­lefon pintar

MWC Barcelona sebelum ini dikenali sebagai Mobile World Congress atau Kongres Dunia Mudah Alih akan diadakan di Barcelona bermula 25 sehingga 28 Februari 2019

Huawei antaranya akan menjadi tumpuan pada empat hari MWC di Barcelona sebagai telekomunikasi gergasi China yang merintis teknologi 5G di dunia dan merupakan pengeluar terkemuka bagi peralatan untuk rangkaian selular 5G yang kini sedang mula dipasang

Teknologi 5G akan menghubungkan telefon pintar dan peranti daripada kereta sehinggalah ke robot

Samsung yang mempamerkan peranti baharu di acara Unpacked di San Francisco iaitu Samsung Gala­xy Fold, menjadi pengeluar pertama menawarkan ciri yang dinanti-nantikan itu

Xiaomi dan beberapa syarikat lain dijangka mengikuti jejak langkah Samsung dan memperkenalkan telefon pintar boleh dilipat di Barcelona walaupun tidak jelas sama ada ia akan menjadi prototaip atau peranti boleh didapati secara komersial seperti Samsung.


Sumber : AFP, Wikipedia dan pemerhatian penulis sendiri.

Post a Comment

0 Comments