MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Dana Pinjaman Mudah Kelapa Sawit 2019

Lanjutan daripada pemeteraian MoU diantara Malaysia dan China semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad baru - baru ini (berakhir 28 April 2019), Mou tersebut ditandatangani oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Dewan Perniagaan China bagi Import Eksport Makanan, Produk Asli dan Produk Sampingan Haiwan (CFNA).

Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng mengumumkan dana pinjaman mudah sebanyak RM500 juta bagi penanaman semula sawit oleh pekebun kecil persendirian dengan kadar faedah serendah dua (2) peratus setahun. 

Program pinjaman mudah ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan para pekebun kecil dalam melaksanakan penanaman semula sawit.

Pinjaman mudah ini dibahagikan kepada dua (2) kategori:-

1. Dana pinjaman mudah sebanyak RM50 juta juga disediakan pada kadar faedah dua (2) peratus setahun bagi membiayai input dan bahan penanaman sawit dengan penggunaan benih yang disahkan serta baka yang berkualiti dan terkini.

Bantuan untuk pekebun sawit itu diperkenalkan atas keprihatinan kerajaan terhadap keadaan semasa yang dihadapi oleh pengusaha sawit berikutan harga komoditi minyak sawit yang rendah. 

Penyediaan dana pinjaman mudah dan bantuan terutamanya kepada pekebun kecil untuk penanaman semula adalah selaras dengan komitmen kerajaan Malaysia untuk menjamin kebajikan pengusaha sawit dan pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar sawit mampan utama di dunia.

2.Kerajaan Malaysia juga menyediakan geran RM100 juta untuk pengusaha sawit yang mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).

Di bawah dasar ini, kerajaan Malaysia akan menanggung 100 peratus kos pensijilan MSPO daripada 70 peratus sedia ada bagi pengusaha sawit yang mempunyai saiz penanaman sederhana (40-1,000 hektar).

Kerajaan Malaysia akan menambahkan bantuan untuk kos pengauditan daripada 30 peratus kepada 50 peratus. Insentif ini akan dibayar setelah pengusaha berjaya mendapat pensijilan.

Penambahbaikan bantuan kepada pengusaha sawit terutamanya golongan pekebun kecil persendirian bertujuan memastikan pertumbuhan permintaan minyak sawit Malaysia tidak hanya dinikmati syarikat besar malah mereka pengusaha pekebun kecil kelapa sawit juga memperolehi manfaatnya.


Sumber: Bernama dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments