MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hibah Tabung Haji 2018

Persoalan pemberian peratus hibah Tabung Haji  (TH) selama ini terjawab pads hari ini 5 April 2019, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mengumumkan hibah pendeposit Tabung Haji bagi tahun 2018 hanya sebanyak 1.25 peratus menjadikan hibah yang paling rendah pernah diberikan oleh TH kepada pendepositnya.

Agihan hibah yang rendah ini disebabkan situasi TH dalam pemulihan selepas kewangan TH mengalami masalah berikutan salah tadbir urus kerajaan terdahulu.


Rakyat Malaysia maklum berkenaan perkara tersebut,  memandangkan pihak kerajaan dan media menjadikan isu TH mendapat perhatian ramai.

Walaubagaimanapun, proses pemulihan  dengan memindahkan aset-aset yang tidak menguntungkan TH kepada Syarikat Tujuan Khas atau SPV milik kerajaan menampakkan kesan positif apabila meletakkan aset TH kepada RM 76.5 bilion berbanding tanggungan dan deposit RM75.5 billion setakat Disember 2018.

Pautan Tabung Haji : Tabung Haji

Sumber: Tabung Haji



Post a Comment

0 Comments