MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penangguhan Brexit Sehingga 30 Jun 2019

Brexit adalah istilah yang biasa digunakan untuk United Kingdom (UK), Britain (England, Wales, Scotland & Ireland Utara) keluar daripada Kesatuan Eropah. Berikutan undi referendum (pungutan Suara) pada 23 Jun  2016 untuk meninggalkan kesatuan tersebut, kerajaan UK memulakan proses pengeluaran pada 29 Mac 2017 yang dirancang bakal berkuatkuasa pada April 2019.

Berikutan kegagalan parlimen UK sebanyak tiga kali untuk menyokong perjanjian ditandatangani Theresa May bersama 27 pemimpin EU lain.
Perdana Menteri Theresa May meminta Kesatuan Eropah (EU) pada hari ini menangguhkan pengunduran Britain dari blok EU itu sehingga 30 Jun 2019, dengan jaminan ia akan berakhir lebih awal jika Brexit diluluskan parlimen.
Surat penangguhan telah pun diserahkan kepada presiden Majlis EU, Donald Tusk, dalam Surat tersebut Theresa May berkata United Kingdom mencadangkan tempoh lanjutan berakhir pada 30 Jun 2019.
Theresa May berkata "Jika kesemua parti dapat membuat keputusan lebih awal, kerajaan UK mencadangkan tempoh itu ditamatkan lebih awal".
Jalan Downing Street menyiarkan surat itu beberapa ketika selepas seorang pegawai kanan EU memberitahu bahawa Tusk mencadangkan penangguhan Brexit selama setahun, sekali gus menangguhkan kelulusan parlimen berhubung Perjanjian Pengunduran EU-UK,
Theresa May berkata beliau mahu memastikan Britain meninggalkan blok terbabit dengan cara sewajarnya selepas 46 tahun dan berasaskan perjanjian yang boleh membantu menghuraikan kekusutan hubungan keselamatan, politik, diplomatik serta ekonomi.
Polisi kerajaan UK adalah meninggalkan EU secara berhemah dan tanpa sebarang penangguhan. Kerajaan UK bersetuju bahawa keluar dengan perjanjian adalah kaedah terbaik.

Sumber : AFP

Post a Comment

0 Comments