MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tarikh Keputusan SPM 2018



JENIS SEKOLAH
JUMLAH CALON
Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
362,754
Sekolah di Bawah Agensi Kerajaan
9,427
Sekolah Menengah Agama Negeri
8,160
Sekolah Menengah Agama Rakyat
2,059
Sekolah Swasta
14,001
Calon Persendirian
25,305
Jumlah Keseluruhan
421,706











Keputusan SPM boleh diperolehi di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Keputusan SPM 2018 boleh juga disemak melalui mySMS 15888, bermula 10 pagi pada 14 Mac sehingga 6 petang 20 Mac 2019.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.

Bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM Ulangan 2019 atau peperiksaan sebagai calon persendirian pada tahun ini, KPM berkata pendaftaran dibuka bermula pada 14 Mac hingga 31 Mac ini.

Katanya pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, manakala urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran dibuat melalui Jabatan Pendidikan negeri tempat mereka ingin menduduki peperiksaan.

Sumber : BERNAMA

Post a Comment

0 Comments