MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP)


Komitmen, iltizam dan keazaman negara Malaysia dalam memastikan perancangan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dapat direalisasikan menjadi satu permulaan yang baik apabila Mass Rapid Transit Corporation Sdn.  Bhd. (MRT Corp), telah mengadakan kunjungan hormat melalui Ketua Pegawai Eksekutif MRT Abdul Yazid Kassim bersama delegasi MRT Corp ke Pejabat Pusat Tadbir Urus GIACC pada 28 Februari lalu untuk belajar dan mengadapatasikan tadbir urus bebas rasuah melalui pelan NACP.

NACP dilancarkan oleh Tun Dr. Mahatir Mohamad perdana menteri Malaysia pada 29 Januari 2019, diperkenalkan dan dibangunkan oleh Pusat Governs, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri  (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain.

Pelan NACP ini dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun (2019-2023) bertemakan " Memecah Rantaian Rasuah " dan bertujuan merealisasikan manifesto kerajaan Malaysia ke arah negara bebas rasuah Dan berintegriti.

MRT Corp syarikat milik kerajaan (GLC) pertama bertemu dan membincangkan inisiatif NACP dan pelaksanaannya di MRT Corp.

ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah, telah dilaksanakan oleh MRT Corp dalam mematuhi inisiatif integriti dan pengauditan integriti.

MRT Corp juga sentiasa memastikan pekerjanya mematuhi polisi dan prosedur yang telah dibuat dalam melaksanakan tugas rasmi dan harian di pejabat.

NACP merangkumi 115 inisiatif anti rasuah dalam usaha memerangi rasuah termasuk menggariskan had kuasa dalam memisahkan pengurusan kerajaan daripada pengaruh politik.

Sumber : GIACC,Utusan Online dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments