MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Saham MAS




Beberapa syarikat luar negara termasuk dari Eropah, Asia dan Timur Tengah berminat untuk membeli kepentingan dalam Malaysia Airlines Bhd (MAB), kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia, Daim Zainuddin.

Beliau berkata, mereka tidak semestinya mengambil alih keseluruhan syarikat tetapi mungkin hanya sebahagian kepentingan syarikat penerbangan nasional itu yang kini 100% milik Khazanah Nasional Bhd.

Situasi diatas jika diperhatikan kurang lebih seperti situasi yang telah berlaku kepada PROTON industri automobil Malaysia yang mana DRB-Hicom Bhd telah menjual 49.9% saham dalam Proton Holdings Bhd kepada pembuat kereta China, Zhejiang Geely Holding Group

Walaubagaimanapun, jenama Proton akan kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini. Geely adalah syarikat induk kepada Geely Automobile Holdings Ltd yang berpangkalan di Hong Kong dan Volvo Car Group dari Sweden.

Proton juga telah menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.

Berbalik kepada MAB, bagi mereka yang berminat untuk membeli saham MAB boleh membuat kajian mengenai syarikat tersebut (MAB), dimaklumkan ada beberapa pihak berminat untuk membeli saham MAB termasuklah dari Asia, Eropah dan Timur Tengah dan hasrat tersebut telah dinyatakan kepada kerajaan Malaysia melalui penulisan surat kepada Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia,  Daim Zainuddin.

Jika sebahagian kepentingan MAB dijual kepada firma luar, ia akan mendapat suntikan dana dan kepakaran, secara tidak langsung akan memulihkan syarikat, sepertimana yang berlaku kepada  PROTON Malaysia.

Sektor penerbangan kini semakin rumit, memandangkan industri ini memerlukan dana besar dan tenaga kepakaran dalam pembuatan, pengendalian serta pengurusan penerbangan amat penting.

Daim Zainuddin berkata tidak menjadi kesalahan jika pihak lain/orang lain ingin membeli saham MAB sekiranya membawa masuk kepakaran dan kerajaan Malaysia seharusnya tidak mencampuri urusan operasi syarikat penerbangan nasional (MAS), sebaliknya cukup hanya sekadar menyokong melalui membantu mendapatkan hak pendaratan di lokasi strategik.

Kewujudan Malaysia Airlines syarikat premium dan AirAsia adalah syarikat tambang rendah, mewujudakan persaingan yang sihat, seterusnya memberi nilai lebih baik dari segi harga, perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang dan tidak dimonopoli oleh sesuatu syarikat

Daim Zainuddin turut menegaskan, masa depan dan kebajikan kakitangan MAB perlu dikekalkan walau apa pun keputusan kerajaan, kerana golongan ini akan membawa syarikat keluar daripada masalah kewangan yang dihadapinya.

Sumber : Bernama, Utusan Melayu dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments