MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ez-Zakat Muamalat

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melancarkan Ez-Zakat Muamalat iaitu kemudahan pengiraan dan potongan zakat secara automatik bagi akaun simpanan dan semasa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata, Ez-Zakat Muamalat merupakan kemudahan terbaharu yang ditawarkan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Pengenalan sistem ini tepat pada masanya bersesuaian dengan keperluan dan kewajiban bagi pendeposit beragama Islam dalam menggalakkan dan membudayakan amalan zakat pendapatan melalui simpanan perbankkan.

Kaedah kiraan dan potongan zakat yang akan digunakan adalah mengikut amalan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Potongan akan dilakukan secara automatik apabila cukup haul dan nisab.

Perlancaran sistem Ez-Zakat ini dikuatkan lagi dengan termetrinya majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) diantara Bank Muamalat dan PPZ-MAIWP

Perkhidmatan Ez-Zakat ditawarkan di kesemua 64 cawangan Bank Muamalat di seluruh Malaysia.

Kemudahan ini secara langsung dapat menarik dan memyumbang peningkatan pendeposit beragama Islam untuk membuka akaun di Bank Muamalat serta bank pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan Ez-Zakat kepada pendepositnya.

Walaupun Tabung Haji (TH) adalah perintis kepada menyediakan perkhidmatan potongan zakat melalui simpanan tetapi TH tidak dikategorikan sebagai bank dan tidak diletakkan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) sebaliknya TH diletakkan di bawah Kerajaan Malaysia.

Potongan zakat yang dibuat melalui Ez-Zakat Muamalat melayakkan pendeposit mendapat pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 6A (3) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sumber : Utusan Online, Berita Harian dan Penulis sendiri.

Post a Comment

0 Comments