MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia Negara Berintegriti




Kerajaan Malaysia komited dalam usaha mengembalikan imej Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti di mata antarabangsa dikembalikan semula sepertimana semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahatir Mohamad sebelum ini, malah lebih baik lagi dari sekarang dan pada masa akan datang.

Tun Dr. Mahatir Mohamad berkata sejak menjadi kerajaan Mei lepas, pelbagai langkah telah diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan integriti dan governans negara.

Kerajaan baharu yang ada sekarang (kerajaan Pakatan Harapan (PH)) akan memastikan negara ditadbir secara bersih dan tidak didasari kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian kepada negara sebagai contoh kes berkenaan 1MDB.

Diantara usaha kerajaan Malaysia untuk mengubah imej Malaysia daripada sebuah negara kleptokrasi sebelum ini kepada negara yang berintegriti termasuklah:-

1. Penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri pada 8 Jun lepas yang berfungsi memantau pelaksanaan program-program berkaitan secara berterusan agar keberkesanannya dapat dilihat oleh rakyat Malaysia.

2. GIACC telah menubuhkan dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dan Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR).

Fungsi JKKMAR bertindak untuk menyelaras pelaksanaan pemantauan dan penilaian keberkesanan semua inisiatif berkaitan governans, integriti dan anti-rasuah di semua sektor sama ada kerajaan mahupun swasta.

Antara program yang telah dilaksanakan ialah oleh JKKMAR :-

1. Penambahbaikan terhadap dasar pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran kerajaan dan anggota Parlimen kerajaan 

2. Penambahbaikan terhadap takrifan “Ahli Politik” yang didapati tidak sesuai dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah (ALP) sesebuah syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

3. Penambahbaikan terhadap mekanisme penerimaan hadiah, keraian dan upahan oleh anggota-anggota pentadbiran serta penjawat awam, dan anggota pentadbiran juga tidak lagi boleh mengeluarkan surat sokongan.

Dr. Mahathir Mohamad berkata segala tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia akan dikuatkuasakan dan berjalan sepanjang masa untuk menentukan janji-janji kerajaan berkenaan integriti, governans dan sebagainya akan terus terlihat dan memberi kesan kepada masyarakat dan negara.

Usaha-usaha yang dilakukan juga mulai mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sepertimana yang dibentangkan oleh Malaysia semasa Persidangan Anti-Rasuah di Austria , baru-baru ini.

GIACC akan terus memantau semua inisiatif di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah dan Pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional bagi memastikan pelaksanaannya membawa impak yang positif kepada rakyat dan negara.

GIACC juga akan terus mengadakan sesi pertemuan bersemuka dengan mana-mana agensi kerajaan bagi khidmat nasihat dan membincangkan perkara berkaitan governans, integriti dan antirasuah dari semasa ke semasa agar Malaysia dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuah.

Sumber: Bernama & Penulis sendiri


Post a Comment

0 Comments