MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sumber Harta Tidak Dipedulikan

Daripada Abu Hurairah r.a ia berkata, bersabda Rasulullah s.a.w " Akan datang satu zaman di mana seseorang tidak mempedulikan darimana ia mendapatkan harta,  apakah dari sumber yang halal ataupun dari sumber yang haram ".

(Hadis Riwayat : Nasa'i)

Zaman ini ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme segala seauatu di nilai dengan harta. Ramai orang cakar - mencakar utk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak mempedulikan dari mana datangnya harta,  apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram, yang penting harta dapat dikumpul sebanyak banyaknya untuk memenuhi hawa nafsu, kemahuan isteri, anak -anak dan keluaragnya.

Hadis diatas juga salah satu tanda-tanda akhir zaman , manusia hari ini sangat kurang mengambil berat dari mana sumber harta yang diperolehnya itu.

Oleh itu carilah harta dari sumber yang halal dan bersih serta suci,  keberkatan harta bergantung dari sumber dimanakah manusia itu memperolehinya, sekiranya dari sumber yang halal maka harta akan mempunyai berkatnya sekiranya dari sumber diragui atau salah maka harta itu jadi mudarat baginya.

Dalam harta yang kita perolehi jangan lupa zakatnya dan sedekah ditempat yang betul dan jangan disalah gunakan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber Buku Agama dan Penulis sendiri.

Post a Comment

0 Comments