MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Proton Persona 2019



Proton Holding Berhad (Proton) Malaysia hari ini (26.02.2019) secara rasminya telah mengeluarkan gambar Proton Persona Baharu, model dipertingkatkan Keluarga Sedan Segmen B,  yang akan dilancarkan pada tahun ini (2019).



Persona dan Iriz adalah model pertama Proton yang diberikan pembaharuan luaran sejak Proton dan Geely berkerjasama setelah pembelian 49.9% pegangan saham Proton dibeli oleh Geely (China).







Ciri - ciri pembaharuan Proton Persona :-
  1. Wajah luaran memasukkan beberapa elemen daripada Proton SUV X70
  2. Di bahagian hadapan rekaan gril hadapan baharu ‘Ethereal Bow’  diambil dari Proton SUV X70
  3. Bahagian luar direka memberi gambaran  imej sambungan pintar dengan nilai estetika dan elegan menyerlahkan rekabentuknya
  4. Lampu nyalaan siang diod pemancar cahaya (LED) di pasang pada perumah baharu berbentuk sarang lebah dan rekaan bentuk bamper baharu
  5. Bahagian belakang tidak lagi menampilkan logo Proton sebaliknya menampilkan perkataan PROTON dan dijarakkan setiap huruf ejaannya 
  6. Lencana nama Persona menampilkan muka yang lebih berani sejajar dengan perubahan luaran kenderaan tersebut 
  7. Bamper belakang yang rendah menyerlahkan identiti visual dan spoiler meletakkan rasa sporty
  8. Rim aluminium 15 inci 
  9. Antena berbentuk ikan jerung fin 

Oleh itu sama-sama kita nantikan kemunculan Proton Persona Baharu yang dikeluarkan oleh PROTON Holding Berhad di pasaran Malaysia.

Sumber:  Utusan Online, Proton.com, Berita Harian Online, Ejen Kenderaan Proton dan Penulis sendiri.

Post a Comment

3 Comments

  1. Sebagai peminat kereta, saya biasanya melihat melalui berita kereta di proton x50 price!

    ReplyDelete
  2. Admin akan lawati blog tersebut.

    ReplyDelete
  3. Maklumat lanjut mengenai Proton X70 boleh didapati x70 fuel consumption.

    ReplyDelete