MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Lokasi Surau di Shopping Complex & Hotel Kota Kinabalu



20 Lokasi Surau Di Shopping Mall Dan Hotel, Kota Kinabalu, Sabah :

Sebenarnya sangat penting ya walaupun sibuk cuci mata, cuci poket, meeting, or seminar, kewajiban kepada Pencipta harus dilaksanakan. Hihi.. so entry kali ni akan berikan panduan lokasi surau-surau tersebut.

1.)Surau Wisma Merdeka – Terdapat di 2nd Floor di area belakang-tepi kedai Familia. Dari escalator, belok arah kiri Familia dan masuk lorong tepi Familia. Kena jalan sikit sehingga nampak signboard Surau. Surau ni boleh memuatkan dalam 6-8 jemaah wanita pada satu-satu masa.

2.)Surau Imago – Terletak di level Basement berhampiran dengan area tandas Kedai Elektronik SenQ. Surau ni agak selesa walaupun panas sikit, luas tapi selalu  pegi memang ramai jemaah. Alhamdulillah…

3.)Surau 1Borneo – Terletak di level 2nd Floor area Parking. Searas dengan GSC dan lokasinya di sebelah kanan pintu keluar (sebelah kiri tu tempat bayar parking). Surau 1B ni paling selesa la sebab luas dan sejuk. Kalau masuk waktu memang full. Tips: Kalau nak ke toilet, sila pergi di area shopping mall.

4.)Surau City Mall – Terletak di level 1st Floor, dalam mall. Naik escalator dan belok sebelah kanan, dan terus melalui kedai perabot Boon Sin sehingga ke hujung. Toilet: agak jauh dari Surau.

5.)Surau Centre Point – Terletak di 3rd Floor area Parking. Kalau menghadap ke area parking tu, surau ni di area pintu keluar sebelah kiri.

6.)Surau Karamunsing Complex – Terletak di 10th Floor naik dari area shopping mall. Surau berhampiran dengan lift dan luas.

7.)Surau Suria Sabah – Terletak di 5th Floor area Parking L10.

8.)Surau Oceanus – Terletak di 3rd Floor area Parking.Keadaan surau agak selesa dan bersih walaupun sedikit kecil.

9.)Tang Dynasty Park Hotel Sadong – 
Tingkat 5. Surau yang sangat sempit hanya boleh muatkan 3-4 orang dalam satu-satu masa. Tiada toilet.

10.)Tabung Haji – 
Area TH Hotel Tingkat 1. Surau yang sangat selesa dan sangat luas. Toilet berada di laluan sebelum sampai ke Surau.

11.)Shangri-La Tanjung Aru & Spa (STAR) – Surau berada di Ground Floor area Grand Ballroom. Kena turun ke bawah dan masuk dalam kawasan ballroom. Surau kecil tapi agak selesa sebab sejuk, hihihi….

12.)Promenade Hotel – Terletak di 2nd Floor. Surau adalah bilik hotel so ada toilet dan agak selesa.

13.)Hyatt Hotel – Terletak di 1st Floor. Surau yang best!

14.)Palace Hotel – berada satu aras dengan Pool. Lokasi surau bersebelahan dengan pool.

15.)Sabah Oriental Hotel (Formally known as Berverly Hotel) – 
Terletak di Tingkat 4. Room 408 dan 412 tidak silap, hihi…

16.)Avangio Hotel – Tingkat 2, di luar pintu keluar ke parking.

17.)Grace Point Food Court – Area ikan bakar Buginese.

18.)Semua Petronas ada Surau.

19.)KKIA – 
Surau di ground floor sebelah Wendy laluan ke arah ketibaan 6 dan 5. Surau ada di first floor dan 2nd Floor juga (wing sebelah kiri jika menghadap ke bangunan airport). Toilet berada agak dekat dengan surau. 

20.)KFC & Pizza Drive Thru Jalan Tuaran – surau di area belakang pizza hut. Minta kunci di kaunter pizza hut.

21.)Shaklee KK Branch – Tingkat 4 bangunan Neutron Points jalan Lintas (Satu bangunan dengan Restoren Fok Yuen Lintas Kolombong). Khas buat ejen dan ahli Shaklee, anda boleh tumpang solat di KK Branch.

Sebarkan info ni dan semoga bermanfaat buat semua. InsyaAllah. Kalau ada info Surau kat area lain, blh share bersama. Terima Kasih..

Sumber : WhatsApp

Post a Comment

1 Comments

  1. Info yang bagus. Terima kasih. Semoga dapat pahala kerana menyebarkan info yg sgt berguna

    ReplyDelete