MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Joram Van Klaveren Memeluk Islam




THE HAGUE 6 Feb. - Bekas ahli Parlimen Belan­da dan tokoh penting da­lam kempen anti-Islam yang dilancarkan oleh ahli po­litik, Geert Wilders, mence­tus­kan perdebatan dalam ka­langan masyarakat selepas meng­umum­kan sudah memeluk agama Islam.

Selama bertahun-tahun, Joram van Klaveren ‘memperjuangkan’ kempen menentang Islam yang tidak henti-henti di Dewan Perwakilan ketika menjadi ahli Parlimen dari Parti Pembebasan Belanda (PVV) dipimpin Wilders.

Akhbar harian, Algemeen Dag­blad melaporkan, sepanjang kempen itu, beliau mendesak kerajaan supaya mengharamkan pemakaian burka dan pembinaan menara masjid serta berkata: “Kami tidak memerlukan Islam, walaupun sedikit di Belanda.”

Bagaimanapun, Klaveren, 40, berkata, beliau menukar fikirannya ketika sedang dalam proses menulis buku anti-Islam.

“Jika segala yang saya tulis hingga ke tahap itu adalah benar, dan saya mempercayainya, pada hakikatnya saya adalah orang Islam,” katanya kepada NRC.

Menurut NRC dalam laporan yang diterbitkan menjelang pelancaran buku Klaveren bertajuk, Apostate: From Christia­nity to Islam in the Time of Secular Terror, beliau memeluk Islam pada 26 Oktober lalu.

“Saya terlihat kitab Injil dile­takkan pada rak, di atas meja pula tersusun buku-buku yang menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW. Tahun-tahun sebelum ini saya memendam kebencian terhadap Islam.

“Apabila anda menyedari bahawa tindakan anda selama ini adalah salah, ini bukan sesuatu yang menyeronokkan. Dalam mencari Allah, saya berdepan ra­sa tidak senang. Akhirnya, pe­rasaan itu hilang sendirinya,” katanya.

Bekas ahli politik yang membesar dalam persekitaran Kristian Protestan itu menyifatkan tindakan memeluk Islam sebagai satu pencarian untuk sekian la­ma.
Namun katanya, dia tidak merancang untuk memaksa isteri dan dua anaknya membuat keputusan yang sama.

Beliau kemudiannya me­lahirkan rasa kesal ke­rana menjadi penyumbang kepada salah faham dan gambaran yang salah terhadap Islam.

Tambahnya, segala analisis yang dilakukannya iaitu kebanyakan masalah di Belanda dan dunia adalahdisebabkan oleh Islam adalah tidak benar. – AFP/AGENSI

Segala puji bagi Allah  yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya 

Islam itu Agama Kedamaian


Sumber : Utusan

Post a Comment

0 Comments