
Bahaya Jerebu
Jerebu ialah keadaan udara yang menjadi kabur akibat asap, habuk dan zarah-zarah halus di udara. Jerebu biasanya berlaku disebabkan oleh pembakaran terbuka, kebakaran hutan dan pencemaran udara.
Jerebu boleh mendatangkan pelbagai bahaya kepada manusia. Antaranya, jerebu boleh menyebabkan batuk, selesema, sakit tekak dan kesukaran bernafas. Jerebu juga berbahaya kepada orang yang menghidap penyakit asma. Selain itu, jerebu boleh menyebabkan mata menjadi pedih dan hidung berair.
Semasa jerebu berlaku, kita hendaklah mengurangkan aktiviti di luar rumah. Kita juga digalakkan memakai pelitup muka yang sesuai dan menutup tingkap rumah. Kita perlu minum air secukupnya dan mendapatkan rawatan jika mengalami masalah kesihatan.
Kesimpulannya, jerebu sangat berbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Oleh itu, kita mestilah bekerjasama untuk mengelakkan pembakaran terbuka dan menjaga kebersihan alam sekitar supaya udara sentiasa bersih dan selamat.

0 Comments