MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad ﷺ

 

 

 

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad ﷺ

Selawat adalah amalan yang sangat mulia dan dianjurkan dalam Islam. Ia merupakan doa dan pujian kepada Nabi Muhammad ﷺ yang membawa banyak kelebihan kepada orang yang mengamalkannya.

 

Mendapat Rahmat dan Keberkatan Allah

 

Allah SWT berfirman:

  

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

 "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat dan penghormatan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

 (Surah Al-Ahzab: 56)

 

 Mendapat Sepuluh Rahmat bagi Setiap Selawat

     Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

 Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

 

 Mendapat Syafaat Nabi ﷺ di Hari Kiamat

 Rasulullah ﷺ bersabda:

 

 Orang yang paling berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku.”

 (Hadis Riwayat Tirmizi, No. 484)

 

 Tanda Cinta kepada Rasulullah ﷺ

 

Berselawat merupakan bukti kecintaan seorang Muslim terhadap Nabi Muhammad ﷺ. Semakin banyak seseorang berselawat, semakin kuat hubungan rohaninya dengan baginda.

 Selawat Ringkas

 

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

 Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad.

 

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa membasahi lidah dengan selawat dan memperoleh syafaat Rasulullah ﷺ di akhirat kelak. Aamiin.

 

 

 

 

Post a Comment

0 Comments