MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Ustazah Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh

 


Biodata

Nama: Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh

Gelaran Kehormat: Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh

Gelaran Popular: Ustazah Nik Salida

Tarikh Lahir: 26 Februari 1975

Tempat Lahir: Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim


Pendidikan

2013: Doktor Falsafah Undang-undang, University of Keele, United Kingdom (UK)

2012: Profesional Takaful Bertauliah (London)

2012: Pakar Kewangan Islam Bertauliah (London)

2001: Sarjana Undang-undang Perbandingan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

2000: Ijazah Sarjana Muda (Undang-Undang), UIAM

Maahad Muhammadi Lilbanat Kota Bharu, Kelantan

Sekolah Rendah Kebangsaan Kamil (1) Pasir Puteh, Kelantan.

 

Kerjaya

2015 – 2017: Pengarah, Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

2013 – 2015: Timbalan Pengarah, Kolej Permata Insan, USIM

2013 – 2014: Ketua Kluster dan Felo Penyelidik, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Dunia

2012 – 2014: Penyelaras Penerbitan, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Dunia

Mac 2008 – September 2008: Timbalan Dekan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM

2005 – 2007: Penyelaras, Tamhidi Syariah dan Undang-undang, USIM

2003 – Kini: Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia

2001 – 2003: Pensyarah Undang-undang, Pusat Matrikulasi UIAM

 

Ahli Jawatankuasa

2016 – Kini: Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

2016 – Kini: Felo Pusat Pengajian Wanita Tunku Hajjah Azizah, Universiti Islam Malaysia

2014 – Kini: Jawatankuasa Perundingan Undang-undang Syariah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

2013 – Kini: Felo Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

 

 

Penulisan/Buku/Jurnal

Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan: Pesan Allah dan Rasul untuk Dirimu

The Best Student of The Day

PHD Mama

2015: “Saksi Palsu dan Kesannya Terhadap Pengesahan Dokumen Menurut Fiqh dan Undang-Undang”, Jurnal Hukum;

2015: Fiqh Dental

2014: Transformasi Pemikiran Sarwajagat

2013: “Analisis Konseptual Ringkas Kesaksamaan Gender dari Perundangan Islam dan Dalam Debat Feminis: Mengapa Manusia dan Bukan Manusia?”, Jurnal Hukum; Wan Abdul Fattah Wan Ismail dan Nik Salida Suhaila Nik Saleh

2013: “Kritik Feminis terhadap Teori Hak dalam Bidang Kuasa: Ke Arah Kesaksamaan Gender”, Jurnal Antarabangsa Kemanusiaan dan Sains Sosial

2013: “A Conceptual Analysis of Rights in the International and Islamic Human Rights Instruments”, American International Journal of Contemporary Research

2012: “A Brief Study on the Positive Attentions to Muslim Women’s Rights in Malaysia”, International Journal of Business, Humanities and Technology

2012: Jurnal ILIM

2010: “Undang-undang Hak Wanita di Malaysia: Fleksibiliti atau Transformasi?”

2008 – 2014: Berita Harian (ruangan sendiri)

Dia kadang-kadang menulis di akhbar dan majalah tempatan yang lain sejak 2004.

2008: Language And Life

2008: Salah Faham Tentang Islam…Tapi Anda Malu Bertanya

2008: Ilmu dan Islam

2008: Contemporary Issues and General Studies

2008: Sains Islam Dan Pembinaan Modal Insan

2008: Biografi Mufti-Mufti Seluruh Malaysia

2007: Syariah Dan Undang-Undang: Isu Dan Amalan

2007: Sains Islam Merentasi Zaman

2007: The Perkembangan Ekonomi dan Amalan Muamalat

2007: Issues In Laws And Syariah

2006: Prinsip Dan Pengurusan Fatwa di Negara-Negara Asean

2005: “Mendepani Krisis Akhlak: Solusi Kekeluargaan”, Jurnal ILIM.

2004: Akhbar dan majalah tempatan

 

Aktiviti/Ceramah

Penasihat, perunding dan penceramah Yayasan Pelajaran MARA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Nurul Yaqeen, Utusan Karya Sdn. Bhd, AEON Co. Ltd. serta universiti lain.

 

Rancangan Televesyen/Radio

Penceramah jemputan khas Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, TV9, TVAl-Hijrah, Astro, program radio Institut Kefahaman Islam (IKIM) & Al-Maraaya di TVAl-Hijrah. Al-Kulliyyah TV3

Panel juri profesional rancangan Cari Menantu musim pertama dan rancangan realiti Adik-Adikku musim keempat


Anugerah

2017: Tempat Ke-2 Sesi Saintifik Lisan, 1st IIUM International Dental Conference

2016: Best Paper Award, Second International Conference on Asean Women

2016: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

2015: Anugerah Gangsa Projek Tesis Jangka Panjang, Festival Kreativiti Dunia di Korea Selatan (2015) (Penyelia Tesis)

2015: Anugerah Perak II Projek Tesis Jangka Panjang, Festival Kreativiti Dunia di Korea Selatan (2015) (Penyelia Tesis)

2015: Anugerah Perak Projek Tesis Jangka Panjang, Festival Kreativiti Dunia di Korea Selatan (2015) (Penyelia Tesis)

2015: Anugerah Emas Projek Tesis Jangka Panjang, Festival Kreativiti Dunia di Korea Selatan (Ketua Penyelia Tesis)

2014: Anugerah Penyelidikan Terbaik USIM

2013: Anugerah Selebriti TV Al-Hijrah

2013: Tokoh Wanita Kelantan (Anugerah PWK)

2013: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

2007: Anugerah Terpuji

2006: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

2006: Anugerah Tenaga Pengajar Paling Aktif

2005: Anugerah Penulisan Buku

2005: Anugerah Khas Penulisan Akhbar

2004 & 2005: Anugerah Penyunting Buku

2004: Anugerah Penulisan Popular

 

Augerah Kebesaran

2016: Darjah Kebesaran Ahli Yang Keempat (Bentara) Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK)

 

Sumber/Kridet: https://suhakam.org.my/ms/about-us/prof-madya-dr-nik-salida-suhaila-binti-nik-saleh/

Gambar Kredit: @niksalidasuhaila_

Post a Comment

0 Comments