MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa



Biodata

Nama: Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa

Tarikh Lahir: 21 Disember 1975

Tempat Lahir: Kampung Kuala Jempol, Jempol, Negeri Sembilan

 

Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa merupakan tokoh masyarakat, pendakwah bebas, penceramah, pengacara, penulis buku, kolumnis majalah, ahli panel bagi program keagamaan dan kekeluargaan di televisyen dan radio Malaysia. Kepetahan Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa dalam berbicara dan menyampaikan dakwah menjadikan satu kelebihan kepada beliau.

 

Pendidikan

2018: Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Psikologi Islam Universiti Malaya (UM)

Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan UM

Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam Universiti Yarmouk, Jordan.

 

Perkahwinan

Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Dr. Ustaz Azahar Yaakub dan dikurniakan 7 cahaya mata.

 

Kerjaya/Perkhidmatan

Selebriti TV Al Hijrah

Pembimbing Ibadah Umrah

Pensyarah Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

 

Rancangan Televesyen/Radio

Tazkirah Malam Jumaat

Dakwah Live TV Al Hijrah

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Program TV Al Hijrah

Al Hidayah TV3

Halaqah TV9

Tanyalah Ustazah TV9

Panel Radio IKIM FM

 

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Board of Director (BOD)

Pengasas & Penasihat Madinatul Huffaz

18 Ogos 2020 – Kini: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

 

Anugerah/Pencapaian

30 Januari 2023: Tokoh Personaliti Al-Quran Kebangsaan

Ikon Murobbi MATIN

2020 -2021: Ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

2018: Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan 1440H/2018M

2015: Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan)

 

Anugerah Pingat Kebesaran

2018: Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) - Datuk

 

Kredit: @ustazahnorhafizahmusa


Biodata Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

Post a Comment

0 Comments