MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pokok Kebangsaan Malaysia

 



23 Ogos 2019 Pokok Merbau (Malacca Teak atau Instia Palembanica) dipilih sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada pameran ‘Hutan Kita’ di Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

Antara faktor pemilihan pokok Merbau sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia: -

1. Bersifat tahan lasak Kayu Pokok Merbau terkenal dengan sifat keras, tahan lasak dan berkualiti tinggi. Kayu Merbau mampu menangani kelembapan dan tidak lapuk sehingga boleh dijadikan sebagai perahu dan bahan asas kepada bangunan. Kayu Merbau juga termasuk dalam golongan kayu berat pada kadar air 15% dan mempunyai penyusutan yang sangat rendah sehinggakan ianya tidak akan cacat apabila dikeringkan.

2. Lambang keutuhan integriti hutan negara Merbau membuktikan integriti hutan negara hasil daripada pengurusan secara mapan dan usaha pemuliharaaan khazanah biodiversiti Malaysia.

3. Simbol kepentingan hutan Pokok Merbau banyak membantu ekonomi dan industri Malaysia terutamanya dalam industri eksport kerana mempunyai nilai komersial dan permintaan yang tinggi daripada negara luar.

 

Sumber/Kredit: penerangan.gov.my

Infografik: FRIM

Post a Comment

0 Comments