MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hentikan Tabiat Merokok Di Tempat Makan

 


Hentikan Tabiat Merokok Di Tempat Makan.


Semua pelanggan berhak memperolehi keselesaan ketika sedang menjamu selera di premis-premis (Tempat Makan) makanan awam terbuka atau tertutup dan perlu dihormati hak keselesaan itu oleh setiap pelanggan yang berada dalam kawasan premis tersebut.

Di bawah peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, terdapat 23 kawasan larangan merokok namun dalam ruangan ini penulis lebih memfokuskan kepada salah satu daripada 23 kawasan larangan merokok “Tempat Makan”. tempat makan sama ada berhawa dingin dan tidak berhawa dingin. Ini termasuklah di dalam dan luar bangunan kawasan kedai makan, restoran dan juga medan selera. Larangan ini juga meliputi semua gerai-gerai makan dan kenderaan bergerak yang menyediakan kemudahan meja dan kerusi untuk makan dan minum serta semua restoran yang berada di atas kapal dan keretapi.

Berikut merupakan kawasan larangan merokok “Tempat Makan”.

  •  Gerai makan
  •  Rumah kedai
  •  Restoran di atas tanah lot
  •  Kedai makan atas awan
  •  Tempat makan terbuka
  •  Kedai makan dalam sungai
  •   Trak makanan
  •  Kenderaan

Merokok (ialah aktiviti seseorang yang menggunakan sebatang rokok) boleh mendatangkan mudarat kesihatan kepada diri sendiri dan orang lain namun dalam ruangan ini lebih tertumpu kepada kesan mudarat/buruk kepada pelanggan yang tidak merokok di kawasan tempat makan. Pelanggan atau individu yang tidak merokok ini terdiri daripada ibu bapa, kanak-kanak, orang tua, ibu mengandung, bayi dan seumpamanya.

Bahan-bahan yang terkandung dalam asap rokok ialah: 2 kali lebih banyak nikotin, 5 kali lebih banyak karbon monoksida, 3 kali lebih banyak tar dan 50 kali lebih banyak bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan.

“Asap rokok menghasilkan pencemaran udara dalaman yang tinggi dengan 300 jenis gas toksik. Meskipun kita tidak melihat asap atau tidak lagi menghidu baunya, ini tidak bermakna kita bebas dari risiko bahaya apabila berada di kawasan merokok” 

Bagi pelanggan/individu yang tidak merokok secara langsung terhidu asap yang dikeluarkan oleh perokok. Kesan mudarat/buruk adalah:

  • Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
  • Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
  • Sakit atau pedih mata
  • Bersin dan batuk-batuk
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala

Bagi ibu hamil dan janin, kesan mudarat/buruk adalah:

  • Keguguran janin/bayi
  • Peluang tumbesaran janin terencat meningkat 30% lebih tinggi
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  • Peluang berat badan berkurang meningkat daripada 20 hingga 30%

Bagi bayi kesan mudarat/buruk adalah:

  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Mengganggu perkembangan kecerdasan otak
  • Jangkitan telinga
  • Leukemia
  • Kanser otak
  • Bayi 22% lebih cepat lelah
  • Sindrom kematian secara mendadak

Selain kesan mudarat/buruk di atas secara langsung boleh mendatangkan dosa tanpa disedari kepada perokok kerana memudaratkan pelanggan yang tidak merokok. Asap rokok mendatangkan ketidakselesaan kepada pelanggan ketika sedang menjamu selera dan beristirehat di tempat makan.

 

Sabda Rasulullah SAW:

 

 لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya: “Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.”

Riwayat Ahmad (2865) dan Ibnu Majah (2340)

 

Justeru hentikanlah tabiat merokok di kawasan yang dikategorikan “Tempat Makan” agar tidak mengganggu keselesaan pelanggan di tempat makan dan tidak memudaratkan orang lain. Jadilah insan yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain dan bukannya mudarat kepada orang lain. Semoga semua perokok diberi kekuatan untuk berhenti merokok untuk agama, diri sendiri, keluarga dan masyarakat.


Sumber/Kredit: Wikipedia & Penulis Sendiri 

Post a Comment

0 Comments