MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Janna Nick

 


Biodata

Nama: Nurul Jannah binti Muner

Nama Popular: Janna Nick

Tarikh Lahir: 2 Jun 1995

Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah

Adik Beradik: Muhammad Firdaus Muner (abang), Nurul Balqish Muner (adik), Nur Iris Rose Sofea Muner (adik)

Janna Nick seorang pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit wanita yang mempunyai Versatil tersendiri berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai menjadi aset semulajadi keindahan wajah beliau ini terbukti sebagai sebagai duta dan jurucakap bagi produk kecantikan Fantasi Colour Cosmetic (FCC) serta modal pengiklanan TV & media sosial.

Membintangi banyak filem tempatan dan telah menyanyikan banyak lagu, genre utama Pop dan R&B.

Merancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah dan bakal diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.


Pendidikan

Pusat pendidikan Maktab Rendah Sains MARA Pendang 

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota

Cemerlang dalam pelajaran dan pernah mendapat A dalam semua subjek walaupun pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan.


Kerjaya

Pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit.


Perkhawinan

Nurul Jannah binti Muner/Janna Nick mendirikan rumah tangga bersama pasangannya  iaitu Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.


Anugerah

2021: Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34

2021: Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34

2021: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34

2021: Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Drama Sangat

2019: Aktres Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 

2019: Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32

2018: Aktres Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 

2017: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-30

2017: Pelakon Wanita Sensasi, Anugerah Telenovela 

2016: Aktres Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur

2016: Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan), Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur

2015: Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Artis Baharu Wanita Paling Popular



Kridet: Wikipedia & @jannanick


Post a Comment

0 Comments