MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kelonggaran SOP COVID-19 Berkuat Kuasa 1 Mei 2022



Kelonggaran SOP COVID-19 Berkuat Kuasa  1 Mei 2022.


1. Daftar Masuk (check-in) Aplikasi MySejahtera Dimansuhkan

Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali individu berstatus 'Berisiko Tinggi' atau di bawah HSO.


2. Penjarakan Fizikal Tidak Lagi Diperlukan

Digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.


3. Pemakaian Pelitup Muka Tidak Wajib Di Kawasan Terbuka

Individu mempunyai pilihan bagi kawasan terbuka tetapi digalakkan memakai pelitup muka di kawasan sesak.

Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB di dalam bangunan, pengangkutan awam & Kenderaan e-hailing.

Individu berisikio tinggi DIGALAKKAN memakai pelitup muka.


4. Tamat Kuarantin Pada Hari Ke-4 Jika Ujian RTK-Ag Negatif

Individu mempunyai pilihan untuk menjalani RTK-Ag diselia oleh pengamal perubatan pada hari ke-4 jika NEGATIF kuarantin DITAMATKAN.


5. Pengembara Lengkap Vaksin Dikecualikan Ujian

Ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan DIKECUALIKAN bagi pengembara lengkap vaksinasi serta kanak-kanak Berumur 12 tahun ke bawah.

Pengembara yang TIADA/TIDAK LENGKAP vaksinasi hendaklah menjalani Ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas & RTK-Ag yang diselia dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan. PERLU menjalani Kuarantin 5 hari.


6. Semua Sektor Dibenarkan Beroperasi Bermula 15 Mei 2022

Senarai aktiviti yang dilarang (Negative List) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) DIMANSUHKAN dan semua sektor boleh beroperasi.


Sumber: MKN 

Post a Comment

0 Comments