MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Suhaimi Ali

 


Biodata

Nama: Suhaimi Ali

Jawatan Terkini: Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)

Mengalas portfolio Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan, Jabatan Sistem Kewangan Islam dan Jabatan Rangkuman Kewangan.


Pendidikan

1994 - 1998: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) dalam bidang Perakaunan dari University of Notre Dame, Amerika Syarikat. 

1991 - 1992: Mara Junior Science College, Taiping, Malaysia


Kerjaya/Perkhidmatan

1 April 2022: Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)

Julai 2018: Pengarah Pembangunan Kewangan dan Inovasi, BNM

2016: Pengarah Perkhidmatan IT untuk Bank Negara Malaysia (BNM)

2012: Pengarah Jabatan Kelakuan Pengguna dan Pasaran (CMC) BNM

2007: Pengarah pejabat Gabenor

2007: Mengetuai inisiatif untuk menyusun semula Pejabat Gabenor

2005: Mengetuai pasukan projek yang menyelaraskan semula fungsi kawal selia dan penyeliaan dalam Bank yang menjadi asas kepada struktur organisasi semasa yang bertanggungjawab terhadap mandat kestabilan kewangan.

1998: Mula berkhidmat di BNM


Suhaimi Ali telah berkhidmat di pelbagai jabatan di BNM di antaranya pembangunan sektor kewangan, pengawalan dan penyeliaan, perancangan strategik, amalan pasaran, perundingan antarabangsa dan perkhidmatan IT serta Pejabat Gabenor.

Berpengalaman dalam penyeliaan insurans, perancangan strategik, peraturan bank, perlindungan pengguna dan rundingan antarabangsa.

Bertanggungjawab ke atas penubuhan AKPK (Agensi Kaunseling Kredit & Pengurusan Hutang) pada tahun 2006.


Sumber: https://my.linkedin.com/in/suhaimi-ali-3862917b

Post a Comment

0 Comments