MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Takrif Ahli As-Sunnah Waljamaah



Takrif Ahli As-Sunnah Waljamaah


Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip aqidah, syariat dan akhlak.


Prinsip Akidah Ahli As-Sunnah Waljamaah


1. Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.

2. Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah SWT, namun manusia diberi pilihan atau kehendak untuk melakukannya ataupun tidak serta dihitung baginya dosa dan pahala.

3. Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam al-Quran dan as-Sunnah antaranya termasuklah persoalan kubur, hari akhirat, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya.

4. Meyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud sebelum dijadikan makhluk. Kewujudan syurga dan neraka adalah kekal selama-lamanya.

5. Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Tuhannya termasuklah syafaat baginda untuk pelaku dosa besar kerana mereka masih dikira beriman.

6. Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT dan merupakan rahmat Allah kepada manusia.




Sumber: Buku PAI Tingkatan 5


Post a Comment

0 Comments