MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Masa Operasi Perniagaan Fasa 3 Tarikh Kemas Kini 18 Oktober 2021



Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam

Aktiviti jualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran KECUALI perkhidmatan dine-in bagi pelanggan yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Perkhidmatan dine-in bagi sambutan majlis sosial adalah tidak dibenarkan.



Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik, makmal perubatan, hospital veterinar dan klinik veterinar. 

Masa Operasi: 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.



Stesen minyak termasuk kedai serbaneka di stesen minyak.

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam

Stesen minyak lebuh raya bertol

Masa Operasi: Sehingga 24 jam 


 

Operasi Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya.

Masa Operasi: Sehingga 24 jam 



Semua sektor perdagangan pengedaran 

Masa Operasi: 6.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam atau mengikut syarat lesen.



Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOP Fasa 3 Tarikh Kemas Kini 18 Oktober 2021.


Post a Comment

0 Comments