MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

SOP Sukan Dan Riadah Fasa 1 PPN

 


KEMUDAHAN KEPADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP


• Semua aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan atau tidak bersentuhan fizikal yang dilakukan secara individu atau berkumpulan di kawasan TERBUKA (OUTDOOR) atau TERTUTUP (INDOOR) KECUALI di gimnasium/ pusat kecergasan termasuk studio kecergasan tertutup (indoor) adalah TERHAD bagi individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI sahaja bagi melakukan semua aktiviti sukan dan rekreasi bermula jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.



• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial TERBUKA (OUTDOOR) dengan pematuhan kepada SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 60% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi. Penggunaan adalah dalam kalangan individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI sahaja. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.



• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial TERTUTUP (INDOOR) KECUALI gimnasium/ pusat kecergasan termasuk studio kecergasan tertutup dengan pematuhan kepada 50% kapasiti penggunaan/ kawasan DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 60% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi. Penggunaan adalah dalam kalangan individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI sahaja. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.



• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi TERBUKA (OUTDOOR) dan TERTUTUP (INDOOR) awam adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pihak Berkuasa Berkaitan.



• Aktiviti atau latihan sukan dan rekreasi secara berkumpulan TERHAD bagi individu telah MELENGKAPKAN VAKSINASI yang dilakukan secara terkawal DENGAN kawalan penyeliaan adalah tertakluk kepada 50% kapasiti penggunaan/ kawasan atau tidak melebihi 50 orang dalam satu-satu masa termasuk jurulatih/ instruktur/ ibu bapa (mana-mana yang lebih rendah). Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti atau latihan tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.




Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) - SOP Fasa 1 Tarikh Kemas Kini: 9 September 2021



Post a Comment

0 Comments