MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ringkasan Isi Al-Quran

 


Siapakah satu-satunya nama wanita yang disebut namanya dalam Al-Quran? 

Maryam binti Imran.


Siapakah satu-satunya nama Sahabat r.a yang disebut namanya dalam Al-Quran? 

Zaid bin Haritsah r.a. Rujuk dalam surah Al-Ahzab 33:37.


Apakah nama surah tanpa Bismillah? 

Surah At-Taubah. 


Apakah nama surah yang memiliki dua Bismillah? 

Surah Al-Naml.


Apakah nama surah yang bernilai seperempat Al-Quran? 

Surah Al-Kafirun. 


Apakah nama surah yang bernilai sepertiga Al-Quran? 

Surah Al-Ikhlas.


Apakah nama surah yang menyelamatkan dari seksa kubur? 

Surah Al-Mulk.


Apakah nama surah yang apabila dibaca pada hari Jumaat akan menerangi sepanjang tempat? 

Surah Al-Kahfi.


Apakah ayat yang paling agung dan dalam surah apa? 

Ayat Kursi, dalam Surah Al-Baqarah 2:255.


Apakah nama surah yang paling agung dan berapa jumlah ayatnya? 

Surah Al-Fatihah, tujuh ayat.


Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?

Firman Allah, "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalnya)." Surah Az-Zalzalah 99:7-8.


Apakah nama surah yang ada dua sajadahnya? 

Surah Al-Hajj 22:18 dan Al-Hajj 22:77.


Ayat apakah bila dibaca setiap habis solat fardu dapat menghantarkan pembacanya ke syurga? 

Ayat Kursi.


Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam satu surah dan di surah apa?

Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ  pada surah Ar-Rahmaan.


Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dalam surah lainnya? Di surah apa? 

Ayat ويل يومئذ للمكذبين pada surah Al-Mursalaat, juga ada dalam Surah Al-Mutaffifiin 83:10.


Apakah ayat terpanjang dalam Al-Quran? Pada surah apa? Ayat berapa? 

Surah Al-Baqarah 2:282.


Selamat membaca dan menghayati maknanya.


Allah Maha Mengetahui

Perkara Yang Benar.


Post a Comment

0 Comments