MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Starbucks Malaysia



Penjelasan Isu Status Halal Starbucks Malaysia


Minggu ini pihak kami menerima banyak pertanyaan dari para pengguna media sosial khususnya di Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dan talian WhatsApp BPH JAKIM berkenaan status halal premis makanan Starbucks Malaysia. 


Kemusykilan ini berpunca daripada tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa bahawa premis makanan berkenaan telah disahkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 


Untuk makluman pengguna, dakwaan yang kembali menular tersebut  telah dijelaskan oleh pihak kami sejak tahun 2016 melalui pautan berikut:-


1️⃣ Penjelasan Tular Dakwaan Tokoh Agama:-


http://bit.ly/TularDakwaanTokohAgama


2️⃣ Penjelasan Tular Audio Status Halal Starbucks:-


http://bit.ly/TularAudioIsuHalalStarbucks


Perlu diketahui bahawa Starbucks Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah dan dakwaan dalam tular tersebut adalah TIDAK BENAR.


Pengguna juga boleh memperoleh informasi dan penjelasan berkenaan status halal secara terus dari pihak syarikat di:-


https://starbucks.com.my/our-halal-policy.html


Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara. 


Selain itu, masyarakat pengguna juga digalakkan untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini. 


Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di  www.halal.gov.my. Semakan dan penjelasan isu-isu halal semasa juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal.

http://www.smarthalal.com.my/faq.html


Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-


http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular


Terima kasih


"Yakini Halal Malaysia"


Seksyen Komunikasi Korporat,

Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my

☎ 03-8892 5000/1

📱http://www.wasap.my/+601115660387/BPHJAKIM

16 Muharam 1443H

25 Ogos 2021M


Sumber: JAKIM

Post a Comment

0 Comments