MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Nasihat Ustaz & TG Guru Tentang Solat

 



1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Ustaz Azhar Idrus (UAI)



2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.

Datuk Ustaz Kazim Elias (UKE)



3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."

Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid



4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.

Dato' Ustaz Ismail Kamus



5. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati , mati dalam solat

Ustaz Haslin Baharim



6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”

Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid 



7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.

Tuan Guru (TG) Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki



8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"

Sheikh Abdullah Jahaf



9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.

Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani



10. Jgn cakap: "Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. InsyaAllah

Tuan Guru (TG) Dato' Dr. Hj Haron bin Din



11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi



 Rasulullah bersabda:

 " Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala".


SELAMAT BERAMAL


Kredit/photo: Pinterest

Post a Comment

0 Comments