MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

JPJ Tawar Pengurangan Saman Sehingga 70% Sempena Bulan Kemerdekaan 2021



JPJ TAWAR 70% PENGURANGAN PEMBAYARAN SAMAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BAGI TAHUN 2021.



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan diskaun sehingga 70% kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun, kecuali kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan. 


Pengurangan kompaun yang bermula pada 18 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021 ini akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333), Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) , serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuklah kes yang masih dalam tindakan  Senarai Hitam (blacklist). Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.




Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Post a Comment

0 Comments