MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syarat Permohonan & Cara Mohon GPIS




GERAN PRIHATIN INDUSTRI SUKAN (GPIS).



GPIS merupakan sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam menyuntik sinergi dalam kalangan pemain dan penggiat sektor sukan dan rekreasi terutamanya yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.


Menerusi GPIS, KBS akan memberikan bantuan geran secara one-off sebanyak RM3,000.00 kepada operator dan pengusaha fasiliti serta kemudahan sukan dan rekreasi yang layak TERTAKLUK kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 


Anda boleh memohon di www.kbs.gov.my/geran-prihatin-industri-sukan-gpis.html atau hubungi Sekretariat Prihatan Kementerian Belia dan Sukan (SPIKE) di talian 03-88713784



Syarat permohonan Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS)


1. Perniagaan/ syarikat adalah milik penuh warganegara Malaysia.


2. Berstatus Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan jumlah hasil jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM20 juta dan jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.


3. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum atau pada 28 Februari 2021.


4. Masih aktif menjalankan perniagaan (status pendaftaran perniagaan/ syarikat  masih sah beroperasi).


5. Menjalankan perkhidmatan/ operasi berorentasikan premis fasiliti/ kemudahan sukan dan rekreasi komersial.


6. Telah berdaftar di dalam sistem CIMS 3.0 (notification.miti.gov.my) menerusi kluster sukan (sektor fasiliti Sukan) atau fasiliti/ kemudahan kemudahan sukan dan rekreasi.



Sumber/Kredit: Kementerian Belia & Sukan (KBS)


Post a Comment

0 Comments