MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syarat Kelayakan & Langkah Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Ijazah Kelas Pertama Secara Online

 


Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama kini boleh dibuat secara atas talian. 


Antara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut: 


1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa.

2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT

3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.

4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain

5. Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan

6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen

7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).


Berikut adalah langkah permohonan pengecualian bayaran balik bagi Ijazah Kelas Pertama.


1. Layari laman web rasmi PTPTN di pautan www.ptptn.gov.my dan klik pada Bayaran Balik.


2. Klik pada Pengecualian Ijazah Kelas Pertama.


3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman. Sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 bagi mendapatkan nombor pinjaman.


4. Kemaskini maklumat pengajian, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat ibu bapa dan lain-lain maklumat.


5. Muat naik dokumen sokongan yang berkaitan.



Sumber/Kredit: www.ptptn.gov.my

Post a Comment

0 Comments