MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Semakan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Tahun 2021



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2021 akan diumumkan pada 5 Julai 2021.


Murid lepasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2021 mulai 5 hingga 15 Julai 2021 melalui kaedah berikut:-


1. Portal Aplikasi dalam talian : https://sst6.moe.gov.my/

Atau

2. Bagi murid lepasan SPM 2020 yang tidak mempunyai capain internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran.


Bagi murid yang tidak berjaya rayuan boleh dibuat melaui pautan : https://sst6.moe.gov.my/


Bagi murid lepasan SPM 2020 yang tidak mempunyai capain internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan murid. Tempoh rayuan adalah mulai 5 hingga 15 Julai 2021.


Keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan pada 20 Julai 2021 melalui : https://sst6.moe.gov.my/



Sumber: Kenyataan Media KPM, 2 Julai 2021

Post a Comment

0 Comments