MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Disebalik Tepung Gandum Difortifikasi




Disebalik TEPUNG GANDUM DIFORTIFIKASI❗❓


Tepung  gandum difortifikasi bermaksud tepung gandum yang telah diperkaya atau ditambah dengan nutrien seperti zat besi, asid folik, niasin dan lain-lain. Bagi membolehkan tepung gandum ini dilabel sebagai tepung gandum difortifikasi, nutrien yang ditambah perlulah mengikut paras yang ditetapkan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


Baru-baru ini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) telah memaklumkan tepung gandum pek 1kg di bawah Program Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am (PSTG) telah difortifikasikan dengan ZAT BESI dan ASID FOLIK. Paras ZAT BESI (60mg) dan ASID FOLIK (2.6mg) yang ditambah di dalam program ini adalah mengikut paras yang disarankan  oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan tahap pengambilan zat besi dan asid folik dalam kalangan populasi dan seterusnya mencegah masalah anemia (kurang darah)  dan kecacatan kekal dalam kalangan bayi seperti Neural Tube Defect (NTD).


Tahukah anda❓

1 daripada 5 (21.3%) rakyat Malaysia mengalami masalah anemia (kurang darah) dan secara khususnya 3 daripada 10 (30.0%) wanita usia reproduktif (15-49 tahun) mengalami masalah anemia (NHMS, 2019).


Manakala prevalen kejadian NTD dalam kalangan 1,000 bayi baru lahir adalah 0.42 kali berdasarkan data National Neonatal Registry (2013). Ini bermakna seorang bayi akan dilahirkan dengan masalah NTD bagi 2,381 kelahiran hidup.


Pengambilan tepung gandum yang difortifikasi dapat membantu meningkatkan status pemakanan dan kesihatan di samping  pengambilan makanan yang seimbang dan pelbagai. Saranan pengambilan tepung gandum difortifikasi  adalah sama berdasarkan kumpulan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian dalam Piramid Makanan Malaysia 2020.



Sumber/Kredit: nutritionistkkm

Post a Comment

0 Comments