MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata YB Senator Ustaz Idris bin Hj Ahmad


Biodata

Nama: Idris bin Hj Ahmad

Nama Gelaran: YB Senator Datuk Haji Ustaz Idris bin Hj Ahmad

Tarikh Lahir: 19 Oktober 1963

Tempat Lahir: Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, Perak

Adik Beradik: Anak yang ke-8 daripada 9 orang adik-beradik

 

YB Senator Ustaz Idris bin Hj Ahmad juga adalah seorang pendakwah dan ahli politik parti Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Dibesarkan dalam keluarga yang kuat didikan Agama Islam sangat mementingkan agama dalam kehidupan. Ayahnya seorang tokoh agama yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Kampung Petai.


Kesemua adik-beradiknya adalah lulusan agama. Abangnya, Dato' Seri Hassan Ahmad merupakan bekas Mufti Pulau Pinang. Seorang lagi abangnya, Dato' Salleh Ahmad merupakan bekas pensyarah dan profesor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

Pendidikan

1998: Sarjana & Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Pangajian Dakwah & Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1994: Sarjana Muda Dakwah (UKM)

 

Perkahwinan

YB Senator Ustaz Idris Hj Ahmad mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Kamariah Mat Ali

 

Kerjaya/Perkhidmatan/Politik

30 Ogos 2021: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

2019 - 2021: Naib Presiden PAS

16 Jun 2020 – 15 Jun 2023: Ahli Dewan Negara

2013 - 2018: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak

2013 - 2015: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

2011 - 2013: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

2015: Naib Presiden PAS

2015: Ahli Majlis Syura Ulamak PAS

2009 - 2011: Ketua Penerangan PAS

2001: Naib Ketua Pemuda PAS

2007 - 2009: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC)

Ketua Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

Setiausaha Pemuda PAS

Pensyarah Pendidikan Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

 Anugerah

Februari 2022 - Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) - Datuk



Sumber/Kredit: Wikipedia, harakahdaily.net

Post a Comment

0 Comments